apa itu aura?
Aura adalah medan arus electromagnet atau perisai halus yang terbentuk di luar tubuh badan manusia yang memiliki getaran gelombang tenaga di dalamnya. Getaran gelombang ini berkait rapat dengan tahap tenaga pada MINDA, EMOSI dan FIZIKAL individu. Aura juga bertindak sebagai PERISAI DIRI. Manusia terdedah kepada getaran tenaga negative di sekelilingnya. Samada dari sinar UV yang berlebihan hingga kesan sinar inframerah yang merosakkan sel dan tisu tubuh manusia. Tindakbalas kimia seperti ketuhar, televisyen, radio, telefon bimbit dan lain-lain juga memberikan getaran tenaga negative kepada manusia. Aura yang sihat adalah aura yang bersaiz besar yang dapat mengekalkan keharmonian tubuh di dalamnya. Manakala aura nipis dan pecah akan memudahkan getaran gelombang negative masuk dan mengakibatkan ketidakseimbangan tenaga berlaku. Faktor tekanan hidup, atau STRESS adalah salah satu sebab berlakunya ketidakseimbangan tenaga pada aura manusia. Aura tidak terhasil dengan sendirinya, tetapi merupakan urutan atau biasan tahap tenaga dari sumber tubuh manusia yang mengalirkan tenaga itu. Aura wujud pada semua objek yang mengalirkan tenaga seperti tumbuhan, haiwan, air dan batu-batu Kristal. Aura dikaitkan dgn manusia kerana keunikan system manusia yang merangkumi jasmani, minda dan emosi yang mempunyai pelbagai system yang telah dijadikan melalui kekuasaan Yang Maha Pencipta. Aura bukanlah sesuatu yang mistik. Ia sememangnya wujud dan kemajuan sains teknologi boleh menjelaskannya secara ilmiah. Mungkin pada zaman dahulu, ianya tidak dapat dibuktikan, maka menyebabkan ianya dianggap sebagai karut, dongeng atau pun mistik. Orang dulu2, pernah mengamalkan amalan mandi bunga bagi menaikkan seri wajah, terutama bagi pasangan pengantin yg yang mahu mendirikan rumahtangga.
Apakah rasional disebalik upacara ini? Rasionalnya adalah khasiat dari 7 jenis bunga berlainan warna yang dapat menyalurkan tenaga ke dalam tubuh kita. Bunga menyerap tenaga dari matahari dan menyalurkannya ke dalam tubuh badan kita melalui terapi mandi bunga. 7 jenis bunga yang berlainan warna juga memberi impak tenaga yang berlainan. Warna-warna bunga biasanya dari dua kumpulan warna yang bertentangan iaitu kumpulan warna panas dan kumpulan warna sejuk. Warna panas adalah terdiri dari warna MERAH, JINGGA dan KUNING. Manakala kumpulan warna sejuk pula adalah warna BIRU, INDIGO dan VIOLET. Pertembungan kedua2 kumpulan warna ini menghasilkan warna seimbang iaitu warna hijau. Warna-warna tersebut apabila dicampurkan dapat menghasilkan 10 juta warna lain. Bermakna, jika bunga-bunga yang dipilih mempunyai warna kuning, merah dan biru sahaja sudah memberi getaran aura 10 juta warna lain. Bayangkanlah betapa sihatnya luaran dan dalaman kita dengan amalan mandi bunga ini kerana ianya memberi tenaga aura yang sangat besar kepada diri kita. Gambarajah di bawah menunjukkan warna-warna aura yang berkemungkin ada di sekeliling tubuh manusia.
Aura kita manusia ada 7 lapis yang berbeza warna. Berbezanya warna aura kerana berbezanya frekuensi gelombang setiap lapisan aura tersebut. Lapisan aura pertama dengan getaran paling rendah adalah berwarna merah, yang paling rapat dengan badan fizikal, merupakan pancaran tenaga dari aktiviti sel-sel badan. Lapisan aura kedua kedua dari badan berwarna jingga, merupakan pancaran energi dari Emosi/perasaan. Lapisan aura ketiga berwarna kuning, merupakan pancaran tenaga dari aktiviti Fikiran. Lapisan aura keempat berwarna hijau, merupakan pancaran tenaga Cinta Kasih. Lapisan aura kelima berwarna biru muda, pancaran dari tenaga Jiwa (Diri Sejati). Lapisan keenam berwarna biru laut, pancaran tenaga dari Badan Cahaya. Lapisan ketujuh berwarna putih/ungu pancaran tenaga dari badan Kosmos.
Aura itu dari mana?
Aura memancar dari pusat-pusat tenaga di badan manusia yang dikenali sebagi Cakra atau Chakra. Ada 365 jumlah cakra di keseluruhan sistem badan manusia dan ada 7 cakra utama yang selalu diajarkan dan disebut di dalam kelas-kelas Belajar Aura. Daripada gambarajah di atas kita dapat lihat kedudukan 7 cakra utama tubuh manusia iaitu:
1. Cakra Mahkota(Crown)
2. Cakra Ajna(Third Eye)
3. Cakra Tengkorok(Throat)
4. Cakra Jantung(Heart)
5. Cakra Pusat(Solar Plexus)
6. Cakra Seksual(Sexual)
7. Cakra Dasar(Root)
Aura tubuh badan manusia sangat berkait rapat dengan kehidupan manusia itu sendiri. Warna-warna aura yang ada di sekeliling tubuh ini sangat mempengaruhi cara kehidupan sama ada dari segi espek fizikal mahupun spiritual. Dalam erti kata lain badan fizikal manusia, dan kehidupan material manusia adalah 'produk' yang lahir dari Aura manusia. Aura adalah SEBAB, manakala kehidupan manusia (kesihatan, perhubungan dengan sesama, ekonomi, kebahagiaan) adalah AKIBAT.
Aura yang suram atau buruk akan menghasilkan kesihatan yang buruk, perhubungan sosial yang buruk, ekonomi yang buruk, serta memberikan kesialan, kesempitan dan kesengsaraan yang berterusan. Anda pasti punya pengalaman seperti ini:
Anda sakit. Anda berusaha untuk sembuh dan sihat. Usaha anda sudah sekuat tenaga dan sedaya upaya namun kenapa anda masih juga sakit, sedangkan ada orang sakit seperti anda tapi sembuh begitu mudah dan cepat. Kenapa???
Anda kesempitan ekonomi. Anda sudah berusaha sedaya upaya kerja siang malam begitu fokus namun kesempitan ekonomi yang anda alami seperti tiada penghujungnya. Sedangkan ada orang di luar sana dengan begitu mudahnya mendapat rezeki yang melimpah-limpah dengan usaha yang sangat minima. Kenapa???
Kenapa anda sering berada di tempat yang salah pada masa yang salah? Kenapa anda sering berada di tempat dan masa yang ada musibah? Kenapa anda selalu terlepas peluang-peluang baik?
Jawapannya:
Aura anda suram atau buruk. Aura anda ada sekatan sehingga tidak dapat memancar dengan terang dan harmoni. Seluruh alam ini adalah Vibrasi Energi. Ini hakikat Hukum Fizik Kuantum. Kita adalah atom-atom yang saling sambung-menyambung. Kita adalah Lautan Energi yang satu dan saling mempengaruhi. Aliran energi sentiasa berputar dari alam semesta ke diri kita, dari diri kita ke alam semesta di dalam kesatuan Lautan Energi ini. Apabila Aura kita ada sekatan, maka aliran energi antara kita dan alam semesta tidak harmoni membuat kita selalu terkecuali dari mendapat anugerah-anugerah kehidupan. Kondisi Aura anda boleh anda lihat pada 'Keadaan Perasaan anda'. Aura yang suram dan buruk akan ternyata sebagai perasaan-perasaan yang negatif, susah hati, sedih, kecewa, takut dan sewaktu dengannya. Lalu ia akan terzahir di dalam kehidupan dalam bentuk kesusahan-kesusahan, kesempitan-kesempitan, kesialan-kesialan dan sebagainya.
Apakah penyelesaianNYA?
BAD AURA = BAD LIFE
GOOD AURA = GOOD LIFE
EXCELLENT AURA = EXCELLENT LIFE
Jadi keadaan aura perlu perbaiki. Kerana Spiritual memimpin Material. Material hanya mengikuti Spiritual. Material adalah kehidupan duniawi, manakala Spiritual adalah aspek kerohanian iaitu Aura. Bagaimana mengubah Aura boleh menjadi lebih cerah, lebih bersinar cemerlang, lebih kuat dan lebih harmoni? da bermacam-macam cara.... Ada cara yang mudah dan ada cara yang susah. Ada cara tradisional dan ada cara yang revolusif, moden dan tersusun. Salah satu cara MENGUBAH KONDISI AURA menjadi lebih POSITIF LUAR BIASA adalah dengan medium WANGIAN 7 AURA.


⚜⚜⚜⚜⚜⚜⚜⚜⚜⚜⚜
Wangian 7Aura : Hitam
1. Memusnahkan dan meneutralkan gelombang energi negatif termasuk sihir, dengki orang, jin, saka dan sejenisnya.
2. Mencipta energi pelindung berbentuk sfera yang menyelimuti diri, rumah, pejabat dan apa sahaja yang hendak dilindungi.
3. Memantulkan aura negatif yang berusaha mendekati.
4. Penawar bagi anak kecil yang sering menangis kerana gangguan aura negatif.

⚜⚜⚜⚜⚜⚜⚜⚜⚜⚜
Wangian 7Aura : Putih
1. Membuka 'energy blockages', atau aliran energi yang tersumbat di sistem aura
2. Memurnikan 7 lapisan aura peribadi
3. Meningkatkan vibrasi energi
4. Membuat fikiran dan perasaan lebih positif dan riang gembira
5. Mengaktifkan aura pesona
6. Membuat diri disenangi oleh semua orang
7. Berfungsi sebagai energi penyembuhan penyakit
8. Boleh dibuat Mandi Aura untuk membersihkan aura negatif yang membuat diri selalu sial/malang
9. Melembutkan hati yang keras dan nakal
10. Memfokuskan fikiran
11. Memberikan efek ketenangan

⚜⚜⚜⚜⚜⚜⚜⚜⚜⚜
Wangian 7Aura : Kuning
1. Aura direka khas untuk magnet rezeki, melariskan jualan dan membuka jalur-jalur Aura Kerezekian
2. Meningkatkan daya penarik magnetik pada diri.
What we offer

Video
This is a service available to your customers. Give this service a brief description.

Photography
This is a service available to your customers. Give this service a brief description.

Prints
This is a service available to your customers. Give this service a brief description.
Testimonial
This is a testimonial. To edit this testimonial, highlight the text and replace it with your own fresh content. Moving this text widget is no problem. Simply drag and drop the widget to your area of choice. Use this space to highlight a raving review from a client.
Willie & Megan Rivera

Featured weddings

JULIE AND JOE'S MUSEUM WEDDING

KIM AND DAN'S HAMPtoN WEDDING

ARI & DANIEL ENGAGEMENT

JEN & ANBU forest WEDDING

MONICA & JEFF’S castle WEDDING

CAITLIN AND ERIK’S MOUNTAIN WEDDING
© Copyright WANGIAN 7 AURA




